Program Comunity
Seramai 40 Sukarelawan PKB telah berganding bahu dengan Komuniti di Taman Guru Desa Pahlawan Kok Lanas menyiapkan 5 kawah bubur asyura sempena sambutan Maal Hijrah. Program ini telah berlangsung di Surau Al-Ilslah. Peserta dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah berjaya membuat pemeriksaan serta pendawaian baharu elektrik bagi memastikan tahap keselamatan surau adalah terjamin. Selaian daripada itu peserta juga telah menceriakan suasana surau agar lebih kemas dan teratur dengan menyusun atur sejadah, al-quran serta peralatan. Kerja-kerja sukarelawan ini perlu digerakkan agar dapat melahirkan pelajar yang berjiwa unggul seperti beretika, berkasih-sayang, bertolak ansur serta bersatu padu ke arah modal insan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment